25 Jan 2012

entries..

2007 - 68 entry.
2008 - 58 entry.
2009 - 22 entry.
2010 - 4 entry.
2011 - zero entry!

thank you mark zuckefunckingberg..

26 Jul 2010

wedding amir sujak

salam.

Tahniah utk adik lelaki saya, Amir Sujak Mohd Yusoff dan isterinya Nurul Ashikin Mohd Fauzi. Majlis pernikahan berlangsung 25 Jun 10 di rumah pengantin perempuan di Saujana Utama, Sg. Besi manakala majlis bertandang pada 3 Jul 10. Moga perkahwinan mereka berkekalan hendaknya. Aminn..

4 Jun 2010

speakout

salam.

Selepas hampir 6 bulan blog ni terperuk, baru kinilah berkeinginan untuk mengemaskini nya semula. Skop pengemaskinian masih lagi skop yang sama iaitu fotografi sebab rasanya macam dah sebati dgn jiwa dan rasanya tidak terlintas pun nak kemaskini kalau bukan berkaitan fotografi.

Ok, baru2 ini (sekitar januari yg lepas, lama sebenarnya tu), saya berpeluang mengikuti kursus fotografi yang dianjurkan oleh Shutterspeak Studio, kursus yang di beri nama sp(ea)kout workshop telah dianjurkan dan bertempat di Hotel Puri, Melaka. Kursus berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan lebih kurang 15 peserta dan 4 org fasilitator. Kursus melibatkan aspek teori dan praktikal disekitar kawasan hotel dan juga jonker street melaka.

Sebelum itu, lebih baik saya terangkan berkenaan penganjur kursus ini dahulu. Shutterspeak ditubuhkan oleh dua org sahabat iaitu suhaimi dan zaidan, kedua2 nya merupakan graduan arkitek dari sebuah universiti tempatan yang mempunyai minat yang sama didalam fotografi. Tidak hiran lah mereka sentiasa menekankan dan menerapkan elemen2 architecture di dalam setiap gambar2 mereka. Sila kunjungi laman web mereka pada link diatas. Saya bagi satu contoh je gambar mereka, saya jamin anda akan terus mengagumi karya2 kerja mereka yg seterusnya.


Berkenaan Hotel Puri, Melaka ini pula, hotel ini merupakan hotel butik yang bercirikan senibina baba & nyonya dan masih mengekalkan elemen2 tersebut sehingga kini. Walaupun dari pandangan hadapan hotel nampak kecil tetapi hotel ini sangat luas sebenarnya kerana ia mempunyai empat unit bangunan dan setiap bangunan memanjang sehingga 100 meter kebelakang (kalau tak silap). Masih ingatkah lagi waktu subjek sejarah semasa sekolah dahulu, penjajah belanda cuma mengenakan cukai berdasarkan luas pintu hadapan sahaja, tak kira lah rumah anda memanjang beberapa puluh/ratus meter kebelakang sekalipun, perkiraan cukai cuma berdasarkan luas pintu hadapan sahaja. Sebab itulah rumah2/kedai2 disekitar jonker street memanjang kebelakang. Hotel ini telah di baik pulih demi mengekalkan ciri keaslian senibinanya dan telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan melaka sebagai hotel terbaik didalam kategori hotel 3 bintang.

Berbalik kepada kursus fotografi tadi, kursus yang saya hadiri terasa sangat berbaloi dengan jumlah yuran yang dikeluarkan. Saya cuma mebayar RM700 iaitu separuh harga untuk tempoh yang sama sekiranya saya pergi ke kursus yang dianjurkan oleh salah seorang fotografer melayu terkenal di malaysia. Mungkin di kesempatan yang lain saya akan menghadiri kursus beliau pula - kalau berduit lebih :) .Shutterspeak pada pandangan saya merupakan antara "Top 10" fotografer perkahwinan terbaik di Malaysia, walaubagaimanapun mereka ini sangat low-profile berbanding dengan hasil kerja yang dihasilkan oleh mereka yang pada saya sangat berkualiti tinggi. Oleh itu, pada bakal-bakal pengantin diluar sana, sekiranya anda sedang mencari fotografer perkahwinan anda, anda sudah tahu dimana hendak mencari bukan? Kalau anda kekurangan budget carilah saya pula..hehehe.. imagine if i can produce such kind of pics, what would it be if shutterspeak become your wedding photographer..

Diakhir kursus, kami dikehendaki memilih 10 gambar terbaik untuk dinilai oleh juri dan 5 yang terbaik darinya akan dipertontonkan kepada semua peserta2 utk di kritik dan di komen. Berikut adalah 5 gambar terbaik yang dipilih:







walaupun gambar dibawah ini tidak terpilih, tetapi saya tetap sukakannya dan ingin berkongsi dengan anda2 semua:


sekian, terima kasih.

24 May 2010

i'm sorry

salam..

sorry friends yang still lagi membaca blog ni walaupun dah bersawang macam rumah ditinggalkan dan menunggu masa dimasuki pocong..

memang malas tahap gaban nak update blog semenjak dua menjak tiga menjak facebook mendominasi dunia.. jgn salah aku, salahkan mark zuckerberg.. (ouchhh, nama!!)..

insyallah, akan berupdate lah blog ini.. :)

4 Jan 2010

welcome 2010..

salam..

menyambut tahun 2010 membuatkan kita terpaksa meninggalkan tahun 2009. moga tahun baru lebih baik bagiku berbanding tahun sebelumnya.. tahun 2009 byk meninggalkan kenangan untuk aku, antaranya adalah:

1. kerjaya aku rasa sama je dari tahun2 sebelumnya.. pangkat dkt company ni tak brp penting sgt.. sbb masing2 kena buat sendiri (dlm bahasa lainnya, aku takde org bawahan).. yg penting tiap2 bulan gaji masuk dan alhamdulillah tiap2 thn gaji naik dan dpt bonus..

2. aku berjaya melangsaikan bonus aku dlm masa 5 minit je dgn membayar hutang credit card yg lebih dr 2k.. kiranya thn ni, mmg tak merasa langsung duit bonus la.. mmg aku rasa tersangat la lega bila dah langsai hutang cc ni.. (tercapai azam utk 2009)

3. pindah dari rumah sewa lama ke rumah sewa baru (yg dlm perancangan nak beli dlm thn 2010 ni).. tuan rumah sewa yg lama masih berhutang dgn aku sebanyak RM42.. takkan ku halalkan duit tu.. cari lah aku kat akhirat nanti ye en. jaafar..

4. berjaya menganjurkan re-union bekas2 pelajar DIA, UiTM Arau batch 96-99 utk pertama kalinya selepas 10 thn tak berjumpa bertempat di fraser hill.. byk betul cabaran jadi organizer ni rupanya..

5. laptop dicuri orang, suspect staff sini jgk.. giler sedih. segala mcm khazanah ada dlm tu..