Selepas hampir 6 bulan blog ni terperuk, baru kinilah berkeinginan untuk mengemaskini nya semula. Skop pengemaskinian masih lagi skop yang sama iaitu fotografi sebab rasanya macam dah sebati dgn jiwa dan rasanya tidak terlintas pun nak kemaskini kalau bukan berkaitan fotografi.
Ok, baru2 ini (sekitar januari yg lepas, lama sebenarnya tu), saya berpeluang mengikuti kursus fotografi yang dianjurkan oleh Shutterspeak Studio, kursus yang di beri nama sp(ea)kout workshop telah dianjurkan dan bertempat di Hotel Puri, Melaka. Kursus berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan lebih kurang 15 peserta dan 4 org fasilitator. Kursus melibatkan aspek teori dan praktikal disekitar kawasan hotel dan juga jonker street melaka.
Sebelum itu, lebih baik saya terangkan berkenaan penganjur kursus ini dahulu. Shutterspeak ditubuhkan oleh dua org sahabat iaitu suhaimi dan zaidan, kedua2 nya merupakan graduan arkitek dari sebuah universiti tempatan yang mempunyai minat yang sama didalam fotografi. Tidak hiran lah mereka sentiasa menekankan dan menerapkan elemen2 architecture di dalam setiap gambar2 mereka. Sila kunjungi laman web mereka pada link diatas. Saya bagi satu contoh je gambar mereka, saya jamin anda akan terus mengagumi karya2 kerja mereka yg seterusnya.

Berkenaan Hotel Puri, Melaka ini pula, hotel ini merupakan hotel butik yang bercirikan senibina baba & nyonya dan masih mengekalkan elemen2 tersebut sehingga kini. Walaupun dari pandangan hadapan hotel nampak kecil tetapi hotel ini sangat luas sebenarnya kerana ia mempunyai empat unit bangunan dan setiap bangunan memanjang sehingga 100 meter kebelakang (kalau tak silap). Masih ingatkah lagi waktu subjek sejarah semasa sekolah dahulu, penjajah belanda cuma mengenakan cukai berdasarkan luas pintu hadapan sahaja, tak kira lah rumah anda memanjang beberapa puluh/ratus meter kebelakang sekalipun, perkiraan cukai cuma berdasarkan luas pintu hadapan sahaja. Sebab itulah rumah2/kedai2 disekitar jonker street memanjang kebelakang. Hotel ini telah di baik pulih demi mengekalkan ciri keaslian senibinanya dan telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan melaka sebagai hotel terbaik didalam kategori hotel 3 bintang.
Berbalik kepada kursus fotografi tadi, kursus yang saya hadiri terasa sangat berbaloi dengan jumlah yuran yang dikeluarkan. Saya cuma mebayar RM700 iaitu separuh harga untuk tempoh yang sama sekiranya saya pergi ke kursus yang dianjurkan oleh salah seorang fotografer melayu terkenal di malaysia. Mungkin di kesempatan yang lain saya akan menghadiri kursus beliau pula - kalau berduit lebih :) .Shutterspeak pada pandangan saya merupakan antara "Top 10" fotografer perkahwinan terbaik di Malaysia, walaubagaimanapun mereka ini sangat low-profile berbanding dengan hasil kerja yang dihasilkan oleh mereka yang pada saya sangat berkualiti tinggi. Oleh itu, pada bakal-bakal pengantin diluar sana, sekiranya anda sedang mencari fotografer perkahwinan anda, anda sudah tahu dimana hendak mencari bukan? Kalau anda kekurangan budget carilah saya pula..hehehe.. imagine if i can produce such kind of pics, what would it be if shutterspeak become your wedding photographer..
Diakhir kursus, kami dikehendaki memilih 10 gambar terbaik untuk dinilai oleh juri dan 5 yang terbaik darinya akan dipertontonkan kepada semua peserta2 utk di kritik dan di komen. Berikut adalah 5 gambar terbaik yang dipilih:





walaupun gambar dibawah ini tidak terpilih, tetapi saya tetap sukakannya dan ingin berkongsi dengan anda2 semua:

sekian, terima kasih.
2 comments:
lawa2 gambar ni, aku suka!
hotel puri tu pon cantek. mmg seswai klu buat fotoshoot kat situ..
nice pict ,nice moment..
Post a Comment